Search

Kehidupan kita ibarat pokok. Ia bermula dari sebes...

  • Share this:

Kehidupan kita ibarat pokok. Ia bermula dari sebesar biji benih, lalu membesar apabila disiram, diberi baja & batang pokok tumbuh ke atas di sokong oleh akar yang kuat mencengkam bumi 🪴

Banyak pecahan dahan kayu tumbuh menjalar ke atas. Di setiap ranting pada dahan pasti ada daun/buah yang terhasil🌱

Walaupun ada musim luruh , pokok dan akar tetap hidup dan akan tumbuh indah sihat semula utk beri manfaat/makanan kepada manusia🍂🍁🍃

Dan suatu masa nanti, pokok ini juga akan mati & ditebang lalu jadi bahan bakar & beri manfaat utk org lain🪵🔥

Dalam kehidupan kita, 'pertumbuhan' kita akan sentiasa jadi lebih besar (baik & sihat), dan dalam banyak kisah perjalanan hidup kita, pasti ada hasilnya (buah/daun) yang baik utk kita. Sokongan yg kuat (akar) dari keluarga, sahabat akan terus menyokong dan mendoakan kita.

Bila nampak dari jauh, sihat & segar mata memandang walaupun hakikatnya, ada ranting yang tiada buah/daun (gagal/tiada hasil). Dan pokok juga byk manfaat & dapat lindung kita dari panas/hujan & memberi oksigen yg segar buat kita semua (beri manfaat)🌲

Dan selepas tiba di penghujung usia, kita akan mati dan ilmu yang bermanfaat (selain doa anak yg soleh, sedekah amal jariah) akan membantu kita selepas kita tiada di dunia🍂

Cuba kaitkan caption dgn gambar, dapat tulis ni spontan. Harap bermanfaat😂🥰

#familylifeoftm #taleebmizad #terusmelangkah


Tags:

About author
not provided